amazing picture
hari-hari ku
Sunday, 16 September 2012
Syahiran Sharifudeen: The Barakah In Hari Raya
Syahiran Sharifudeen: The Barakah In Hari Raya: Bila sebut Hari Raya je, mesti ramai yang tersenyum dan gembira terutama orang yang beragama Islam malah orang bukan beragama Islam jug...
Sunday, 9 September 2012
Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam 1Malaysia,
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillah hil Hamd
1. Alhamdullilah dengan izin dan limpah
rahmat Allah SWT, umat Islam Malaysia sekali lagi dapat menyambut
kedatangan bulan Syawal yang mulia setelah sebulan kita berjihad untuk
melawan hawa nafsu.
2. Sesungguhnya ibadat puasa telah
mendidik kita bukan sahaja untuk mengekang hawa nafsu tetapi juga untuk
lebih prihatin terhadap nasib mereka yang dilanda ketidakcukupan serta
kesempitan hidup.
3. Saya selalu menyatakan bahawa umat
Islam di Malaysia bertuah kerana dapat hidup di dalam negara yang
berjaya. Kita perlu menyedari bahawa ini bukanlah kelaziman yang menjadi
kebiasaan negara-negara di dunia. Hari ini kita dapat menyaksikan
bagaimana kemelut politik melanda negara-negara di benua Asia dan
Afrika, kita dapat menyaksikan bagaimana negara-negara di benua Eropah
dan Amerika yang dianggap sebagai negara maju pun ditimpa krisis ekonomi
yang kronik akibat kegagalan mengurus negara dengan baik.
4. Kita juga telah menyaksikan kegagalan
ini telah memberi kesan yang buruk kepada kesejahteraan rakyat mereka
apabila kadar pengangguran semakin meningkat, penciptaan peluang
pekerjaan yang tidak mencukupi serta pertumbuhan yang rendah telah
menyebabkan taraf dan kualiti hidup rakyat merudum.
5. Di tengah-tengah semua kekusutan ini,
negara tercinta Malaysia telah mencipta kejayaan demi kejayaan. Kita
berjaya kerana sebagai sebuah negara majmuk kita dirahmati dengan
perpaduan nasional, kita mempunyai tradisi meraikan kepelbagaian agama,
budaya dan bahasa, kepelbagaian yang di negara lain menjadi punca
perpecahan di negara ini menjadi pemangkin kemajuan. Hakikatnya, kita
hidup di dalam sebuah negara di mana keamanan, keikraman dan kemakmuran
merupakan realiti nasional bukan semata-mata harapan apatah lagi impian
indah.
6. Hakikatnya, kejayaan Malaysia
dimungkinkan doa oleh semua rakyat Malaysia. Ia disulami ikhtiar
nasional yang berteraskan perancangan yang inovatif, pelaksanaan yang
cekap, tadbir urus yang baik, kreativiti yang tinggi, produktiviti yang
terus meningkat serta daya saing nasional yang sentiasa diasah.
7. Kerajaan komited untuk meneruskan
cerita kejayaan nasional ini, namun ia tidak mungkin berterusan tanpa
sokongan dan dokongan padu semua rakyat Malaysia. Ia berkehendakkan
ijmak nasional yang berterusan bagi kerajaan hari ini untuk
merealisasikan matlamat membawa Malaysia ke arah status sebuah negara
maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
8.Kerajaan menyedari bahawa sebuah
Malaysia maju perlulah juga sebuah Malaysia yang selamat dan sejahtera.
Kita mahukan sebuah Malaysia yang aman dari ancaman luaran dan dalaman,
sebuah Malaysia yang mana kawasan kejiranan dan jalan-jalannya bebas
dari jenayah. Sebuah negara di mana rakyatnya merasa aman dan selamat.
Kesimpulannya sebuah negara yang terbaik untuk membesarkan anak-anak
Malaysia.
9. Untuk mencapai matlamat ini, kita
perlu mengubah sikap dan melabur secara mapan bagi mempunyai mind set
yang betul serta menyediakan prasarana keselamatan yang lebih ampuh.
Sehubungan dengan itu, Kerajaan akan memastikan agensi-agensi yang
bertanggungjawab akan lebih berkesan untuk menangani cabaran mencegah
jenayah era mutakhir. Kita menyedari usaha ini memerlukan kaedah
pencegahan jenayah yang baru, ia memerlukan kepimpinan yang dinamik,
akauntabiliti yang tinggi, struktur organisasi yang lebih sesuai,
latihan yang lebih relevan serta peralatan yang moden.
10. Namun, kita juga perlu menginsafi
bahawa kesejahteraan dan keselamatan tidak datang bergolek. Ia
memerlukan pendekatan yang bersepadu, ia memerlukan rakyat Malaysia yang
lebih prihatin dan peduli. Kita perlu menjadi masyarakat yang lebih
prihatin dan peduli kepada keluarga kita, kepada jiran-jiran kita,
kepada rakan-rakan kita dan kepada rakyat Malaysia seluruhnya. Kita
tidak boleh menyerahkan bulat-bulat tanggungjawab memerangi jenayah
kepada pihak berkuasa tanpa sumbangan kita sebagai rakyat yang prihatin.
Jika kita membiarkan jenayah berlaku tanpa tindakan, kita sebenarnya
akan hanya menjejaskan kesejahteraan dan keselamatan bersama.
11. Sempena hari dan bulan yang penuh
kemuliaan ini, marilah kita mengingati pengorbanan yang telah dan sedang
dilakukan oleh anggota-anggota keselamatan bagi membolehkan kita hidup
di dalam negara yang aman dan makmur. Semoga Allah SWT sentiasa
merahmati mereka, keluarga mereka dan semua rakyat Malaysia.
12. Akhir kata, sempena Aidilfitri ini
teruskan tradisi rumah terbuka yang menjadi amalan tradisi kita selama
ini. Bukalah seluas-luasnya pintu rumah kita serta pintu hati kita untuk
rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan agama di hari yang mulia ini.
13. Pada kesempatan ini, saya ingin
menyusun jari sepuluh memohon ampun dan maaf bagi pihak diri saya,
isteri dan keluarga di atas apa-apa yang terkhilaf. Saya berdoa kepada
Alllah SWT supaya semua umat Islam dapat menyambut perayaan ini dengan
penuh kegembiraaan dan kesyukuran di samping mereka yang tersayang.
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar Walillah hil Hamd
WabillAahi Taufiq Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)